Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap "morale" guru-guru sekolahrendah. Secara lebih terperinci kajian ini bertujuan untuk menentukan (1 )tahap "morale" guru-guru sekolah rendah secara keseluruhan. (2)perbezaan "morale" guru-guru sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolahjenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan. (3) perhubungan tigafaktor dimensi "morale" iaitu; cabaran peribadi, kebanggaan kohesif dansinergi kepemimpinan dengan jantina, umur, pendapatan, keputusanPenilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji Sistem Saraan Baru (PPG SSB).pengalaman mengajar, saiz sekolah, lokasi sekolah dan jenis sekolah, (4)perbezaan "morale" guru-guru sekolah rendah mengikut perbezaanjantina, umur, pendapatan, keputusan penilaian pergerakan gaji danpencapaian SSB, pengalaman mengajar, saiz sekolah dan lokasi sekolah.dan (5) menentukan faktor yang boleh meramal tahap "morale" guru-gurudi sekolah rendah. Penyelidik telah menjalankan kajian dengan menggunakan soalselidik 'Staff Morale Questionnaires' (SMQ) yang terdiri daripada tigapuluh satu item soalan. Proses pengumpulan data adalah secara pos.Bilangan g uru yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 500 orangguru dari semua 32 buah sekolah rendah di daerah Sepang. Jumlah guruyang terlibat mengikut perkiraan saiz sampel dalam kajian sebenar adalah251 orang dari 15 buah sekolah. Jumlah guru yang telah memberijawapan adalah 204 orang sahaja. Kesemua soal selidik yang terkumpultelah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS Release6.0.1.Kesimpulan bagi kajian ini ialah (1 ) secara keseluruhannya "morale"guru-guru sekolah rendah di daerah Sepang adalah tinggi, (2) Terdapatperbezaan tahap n morale" yang ketara antara kumpulan guru yangmengajar di sekolah SJK (Cina) dengan kumpulan guru yang mengajar disekolah SJK (Tamil). Sekolah Kebangsaan Tamil merupakan sekolahyang mempunyai tahap "morale" guru yang paling tinggi.(3) terdapathubungan korelasi yang teguh di antara faktor dimensi "morale" cabaranperibadi dan sinergi kepemimpinan dengan pembolehubah keputusanPPG SSB, (4) terdapat perbezaan tahap "morale" antara kumpulan guruyang mendapat keputusan PPG SSB yang berbeza dan kumpulan guruyang mengajar di jenis sekolah yang berbeza, dan (5) pembolehubahPPG SSB dan pembolehubah jenis sekolah merupakan peramal utamabagi tahap "morale" dalam kajian ini.Kajian ini telah memberi maklumat yang berguna mengenai tahap"morale" guru-guru sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.